Friday 27 June 2014

Rezeki Dari Allah Sentiasa Ada

Assalamualaikum,

Cantik tak layout baru kiteww? Haha. Pang!

Ok, ambik mood serius.

Rezeki dari Allah sentiasa ada. Setuju? Mesti la setuju kan? Makanan, minuman, pakaian keperluan kita setiap hari pun rezeki Allah. Kesihatan tubuh badan kita pun rezeki Allah. Kebahagiaan rumah tangga kita pun rezeki Allah. Gaji kita setiap bulan pun rezeki Allah. Tapi, kenapa kita yang TTC selalu nampak anak saja rezeki Allah? Orang lain yang tak TTC pun, bila bercakap dengan kita yang TTC mesti cakap, 'Belum ada rezeki lagi laa tuh'. Betul, anak sebahagian dari rezeki Allah. Hanya belum masa kita untuk dapat rezeki tuh.

Saya nak kongsi cerita pasal staff saya di office. Saya namakan beliau S. Beliau ada 5 orang anak. Tapi anak sulung beliau ditakdirkan OKU kerana terkena demam panas ketika usia 4 tahun. Setiap hari, waktu lunch break S akan bergegas balik ke rumah. Nak uruskan anak-anak, termasuk yang istimewa nih. Ada satu hari saya berborak dengan S. Saya tanya pasal anak-anaknya. Seronok S cerita pasal anak-anak dia kat saya. Kemudian dia cakap, dia pernah sedih kenapa anak dia jadi macam tuh. Dia pernah rasa penat dan give up. Pernah rasa nak marah, nak mengamuk. Tapi dia kata, 

'Siapa saya nak salahkan? Allah? Malu saya nak salahkan Allah. Macam-macam lagi rezeki lain dia bagi kat saya. Anak-anak saya yang 4 orang tu alhamdulillah sihat-sihat. Bijak-bijak belajar pulak tuh. Gaji saya suami isteri memang sikit, tapi tak pernah lagi anak-anak tak cukup makan dan pakai. Penat saya ulang alik uruskan anak-anak, tak pernah pulak sampai saya pengsan ke masuk hospital. Alhamdulillah. Saya bersyukur. Puan jangan sedih sebab belum diberikan rezeki anak. Puan banyak rezeki lain Allah bagi kan? Jangan fikir rezeki yang bukan milik kita. Bersyukur dengan apa yang Allah bagi kat Puan. Kudrat, semangat puan ulang alik hospital buat treatment pun rezeki Allah bagi jugak. Suami puan, family puan yang supportive pun rezeki Allah bagi jugak. Jangan pernah persoalkan kerja Allah. Dia lagi tahu mana yang terbaik untuk kita'.

Kadang-kadang bila kita dah mula bercerita atau berkongsi pasal TTC dengan orang lain, kita akan rasa 'ringan' sikit. Saya dari awal tahun sejak transfer masuk department nih, saya dah bagitau siap-siap kat bos dan colleagues yang saya tengah treatment TTC. Alhamdulillah diorang memahami dan selalu support saya. Itu pun rezeki jugak kan? Hehe. So, korang mungkin boleh mula share dengan kawan-kawan korang. InshaAllah korang akan rasa lega sikit. Cubalah :)

Ok, bye!

7 comments:

  1. Setuju dgn Puan S, Allah swt tak beri rezeki anak tapi beri rezeki lain. Insyaallah, Allah swt tak pernah lupa kan hamba nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Yana. Allah is the best planner. Dia tau apa yang terbaik untuk hambaNya :)

      Delete
  2. Syukur, Allah nak sampaikan maksud rezeki dan syukur melalui perantara-Nya (Puan S) pada Ily dan kita semua yang TTCians ni....

    Ye, semua yang berada dan berlaku disekeliling kita adalah rezeki Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaa. Kadang-kadang orang sekeliling ni akan menyampaikan sesuatu yang kita tak berapa perasan or nampak kan? InshaAllah, rezeki Allah banyak untuk kita :)

      Delete
  3. Ily, i personally feel that by telling our bosses n colleague it actually help us... Senang, depa tau kita nk treatment so they would understand bila kita cuti lama. At the same time, dorang bleh tolong doakn kita sekali... Ttc effort should not be kept as a secret. Nothing to be ashamed about it kan... Let the world understand us... Let them know what ttc is all about...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Since i told them about ttc, i rasa lagi senang. Bila ada treatment pun tak laa takut-takut nak bgtau bos. But ST, not all of them will understand us. Tapi takpa laa. Mana yang tak faham tu, biar laa. Kita pun tak boleh paksa orang faham kita kan ;)

      Delete
  4. kak,saye ada soalan . saye student lower 6 kt skolah ni . as people know keputusan upu dh klua.tapi rezeki tu belom menyebelahi saye . so saye kene smbong lower 6.but i had a bit problem wth my parents.parents saye asyik cakap bnda cam ni,"haaa tuuulahh.dulu taknk blaja betol2.sekarang susah nk apply situ apply sini." something like that. almost everyday.n i cried like almost everynight because of that:'(( saye tahu rezeki saye belom ade nk smbong blaja kt tmpat lain, tapi saye percaya rezeki allah tu sentiasa ade.because of that, saye jarang spent time wth my family.saye kurang bcakap. im more to myself ,alone . cmne nk handle kak eh bnde cmni? :(( saye nk pendapat akak

    ReplyDelete