Tuesday 4 February 2014

Neutral Asid Di Dalam Badan


Assalamualaikum,

Kita semua tahu lemon mempunyai banyak khasiat, kan? Kalau kita google, berjela-jela khasiat lemon keluar. Kalau rajin baca blog Dr. Hamid Arshat, doktor pun selalu sebut kebaikan minum lemon terutamanya untuk orang yang ada fibroid, endometriosis dan cyst. Kalau betul-betul amalkan minum perahan jus lemon, perut boleh kempis, badan boleh langsing gitu. Hehe.

Saya pernah terbaca di blog Dr. Hamid dan di forum Ratu Hati kalau tak silap. Jus lemon yang dicampurkan dengan soda bikarbonat boleh meneutralkan kandungan asid di dalam badan. Ada yang kata kalau badan banyak angin, banyak asid laa tu. Kenapa penting untuk neutralkan asid dalam badan? Sebab kalau pH asid tinggi, boleh mematikan sperma. Ini dari perspektif yang ingin hamil macam kita-kita ni laa ya. Melalui pembacaan saya, ada success story yang pregnant dengan mengamalkan minum campuran jus lemon dan soda bikarbonat selama 2 bulan berturut-turut. Wallahualam. Mungkin masanya dah sampai, dan mungkin petua ini membantu. 

Memandangkan dua-dua bahan tersebut senang didapati, saya berniat untuk mencuba. Lagi pun lemon dan soda bikarbonat tak laa mahal mana. Tapi yang menjadi masalah ialah saya malas dan tak sempat nak perah lemon pagi-pagi sebelum ke pejabat. Nak dijadikan cerita, semalam masa saya tengah groceries shopping di Cold Storage Ikano Power Centre, saya dijodohkan dengan benda ni. Seronok betul bila nampak Lazy Lemon ni. Terus capai dan masukkan dalam basket. Hehe. Harganya kurang dari RM7. Malam sebelum tidur, saya buat campuran jus lemon dan soda bikarbonat. Rasanya macam Eno. Hehe. Caranya senang sangat, squeeze lemon sesedap rasa. Tambah sesudu teh soda bikarbonat. Biar campuran tu sebati sehingga dah tidak berbuih. Tambah air, kacau dan minum. Hasilnya, awal-awal pagi dah ke toilet. Hehe. Kalau korang pun jenis yang malas dan tak sempat nak squeeze lemon pagi-pagi, silalah grab Lazy Lemon ni. Sangat membantu.

Pemudah cara :)
Ada tak antara kawan-kawan yang pernah cuba campuran ni? Kongsi laa dengan saya kesan yang korang dapat.

Ok, bye!


17 comments:

  1. Babe.. lazy lemon ni jus la ye? hahaha. Bile you kate squeeze tu i tot lemon betul. Maknanye u squeeze plastik tu kan? hahaha.. Eh nak try la klo die lawaskan pwot kite. I susah berak T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut ingredient tu mmg 100% lemon juice laa. Haha. Squeeze lemon plastic ni laa. Try laa, i pun slalu kurang lawas jugak. Hehe.

      Delete
  2. wow...menarik sangat...nak carik jugak la balik ni kat cold storage..haha...thanks for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik kan? Hehe. Silalah beli. Senang keja kita. Hehe.

      Delete
    2. hehehe..mmg suke barang2x yg memudahkan keje nii.. :p

      Delete
    3. sudah beliii...sonang sangattttt.. :p

      Delete
  3. heee...sebelum ni sue guna pure lemon..tapi mmg x rajin pagi2 tu nak squeeze bagai.. samapai dh x minum dh skang ni...
    tapi selain cold storgae mana gamaknya nak dpt lazy lemon ni ye.. satu botol plastik tu leh guna berpa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try su tengok kat giant. Maybe ada. Ily baru beli semalam, so tatau la sebotol tu bole tahan berapa lama. Hehe. Sorry!

      Delete
  4. Ily...rasanya lemon is not good when trying to conceive... pernah baca kat blong BnC. Maybe you could double check

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Kena check balik laa. Sb baca dalam blog Dr. Hamid Arshat, lemon bagus katanya. Thanks for the info :)

      Delete
  5. saye tak penah cuba minum jus lemon, tp saye minum air masak mmg letak hirisan lemon dlm tu. after 48 hours (2 days), saye buang dan gantikan dengan lemon yg baru. bagus utk detox juga. elok diamalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni ada try macam tu. Tapi bila biar rendam lama, rasa pahit sket kan. Hehe. Sbb sy ni pemalas, bila jumpa ready made juice ni terus beli. Nak yang senang jek kan :p

      Delete
  6. Nana pernah try minum jus lemon n soda bikarbonat tu ily..adalah 2 3 kali buat..Alhamdulillah ada rezeki dan mungkin salah satu sebabnya asid dalam badan dah neutral kot?

    semoga ada rezeki untuk ily n ttcians yang lain juga =)

    ReplyDelete
  7. Thanx Ily for the info.. nnt nk try.. tapi skrg tgh tggu masa nk buat upt. Mana la tau keajaiban berlaku. Sbb da nk msk 2 mggu lewat. Andaikata xde rezeki lg, nk trs cuba cara ni. Sbb rs bdn byk angin la..

    ReplyDelete
  8. Assalam..erm nk tnya...soda bikarbonat tu yg serbuk tu eh..yg buat kuih tu yer..huhuu..sory... sy xsure...

    ReplyDelete
  9. lepas sy bc post ily ni trus g cari lemon kt klcc...sy ade post jgk kalau sudi boleh refer http://my-own-ttc-story.blogspot.com/

    salam perkenalan..;)

    ReplyDelete
  10. Lemon tu dekat Daiso Rm5 😊

    ReplyDelete